Monday 25 August 2008

Bas digerak guna minyak masak




GEORGE TOWN - Kenderaaan yang digerakkan oleh minyak masak terpakai?
Ini bukan dongengan, tetapi bakal menjadi realiti ekoran usaha yang sedang dilaksanakan oleh saintis Universiti Sains Malaysia (USM).

Jadi, jika ada minyak masak terpakai di rumah, jangan dibuang, sebaliknya ia boleh disimpan untuk dimanfaatkan sebagai bahan api.

Universiti itu kini sedang membangunkan apa yang dipanggil bas mesra alam yang digerakkan menggunakan minyak masak terpakai.

Bas yang dinamakan Solar 2U itu yang dibangunkan Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Cetree), USM turut menggunakan tenaga solar sebagai sumber tenaganya.

Menurut Penyelidik Cetree, Prof. Madya Faridah Ibrahim, bas itu direka khas sebagai kenderaan promosi untuk memperkenalkan konsep kecekapan tenaga melalui tenaga solar di sekolah-sekolah, kilang serta kompleks beli-belah.

"Minyak masak yang digunakan adalah minyak sawit tulen yang dibekalkan Sime Darby sebagai bahan api dan bukannya biodiesel seperti yang ada pada kenderaan lain.

"Panel solar yang ada pada bas ini pula berupaya membekalkan tenaga sehingga 2 kilowatt yang mencukupi untuk kegunaan barangan asas di sebuah rumah pangsa seperti ketuhar mikro, pembuat kopi, pembakar roti serta sebuah pemanas air," katanya ketika mengiringi Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak melawat bas itu semalam.

7 comments:

  1. Baguih juga ni...tak sia2 minyak masak den kek dapur tu:-)

    ReplyDelete
  2. biar btul. tk pnh nmpk pn bas ni kt usm.
    bila pnye berita ni

    ReplyDelete
  3. tiap kali bas nie lewat hadapan kita... kita cium aroma dapur masak lak pak mail... hehe...

    ReplyDelete
  4. bahaya gak nie...nanti harga minyak masak melambung naik..

    ReplyDelete
  5. wow....
    lepas ni habis aaa minyak masak kat umah.....
    ni hr baru beli esok tak de dah...
    huhuhu

    ReplyDelete
  6. boleh le pandu bas ni sambil goreng ikan ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...